Tuesday 28 November 2017

3 TEKNIK CIPTAAN SENDIRI UNTUK MUDAH BERSALIN

3 TEKNIK CIPTAAN SENDIRI UNTUK MUDAH BERSALIN

[1] TEKNIK MONEY MAGNET
[2] TEKNIK BUNGA ROS
[3] TEKNIK LUPA INGATAN

Baru-baru ini, Mast berhadapan dengan beberapa kes dan perbualan tentang benda yang sama dan buat masa rasa nak share sesuatu. Tapi, harus ingat, setiap orang rezeki masing-masing & kemudahan untuk bersalin adalah satu bentuk rezeki dari Allah. Yang penting, sentisa usaha, doa & tawakal untuk yang terbaik.
.
Antara kes yang Mast dengar baru-baru ini;


  • Sewaktu berurut, Mak  Bidan sibuk bercerita pasal pesakit dia banyak yang kena  czer dan dia cakap, budak sekarang manja & zaman dulu takde pun orang bersalin kena czer
  • Seorang teman yang jalan dah buka 6cm selama sehari tapi akhirnya terpaksa dibedah akibat keletihan
  • Seorang teman yang dah hadapi sakit contraction berhari-hari tapi masih jalan tak buka & terpaksa dibedah juga

Sebelum Mast nak share bagaimana nak gunakan 3 TEKNIK bagi MUDAH BERSALIN (In Sha Allah), Mast nak bagi warning dulu. Buat yang baru pertama kali bakal melahirkan anak, ketahuilah anda bahawa sakit bersalin tu memang sakit & bukan dibuat-buat nak memekik & mengerang kesakitan. Dan tidak dinafikan, akan rasa juga nak give-up & pasrah minta dibedah. Kalo dikenangkan balik,  memang seriau & taknak lalui proses tu lagi.
.
DANISH ANIQ - Anak pertama lahir sewaktu 36 minggu. Tak sempat nak buat research & pergi kelas bersalin, air ketuban tiba-tiba pecah pada pukul 1 malam, pergi ke hospital naik taxi dan Alhamdulillah lebih kurang pukul 5 dah selamat melahirkan putera sulung. Walaupun terlalu banyak dugaan sewaktu ini, Allah permudahkan juga. Waktu tu, kami tiada cash, mesin ATM depan rumah pula rosak, taxi takde sebab tengah salji tebal & paling awal pun boleh sampai dalam masa setengah jam, hanya kami berdua saja & tiada ibu-bapa atau saudara untuk membantu. Masa ni byk guna TEKNIK LUPA INGATAN & BUNGA ROS.

DARWISY ARIQ – Anak kedua juga lahir waktu 36 minggu. Lebih menggunakan TEKNIK LUPA INGATAN kerana waktu ini, ekonomi kami agak tidak memberangsangkan. Jadi, kena betul-betul cekal masa ni. Kebetulan pagi tu ada checkup dekat hospital Ampang &sewaktu scan, Doktor cakap air ketuban kurang & terpaksa induce. Bila check bukaan, dah 2cm tapi masa tu tak terasa sakit langsung & agak tercengang jugak & macam tak percaya je cakap Doktor. Doktor suruh duduk ward & tapi sempat juga minta kebenaran masuk ofis sebab tak buat handover lagi. Walaupun Doktor larang, pergi juga jalan-jalan cari makan sekitar Ampang & lepas Asar baru pergi register masuk ward. Kena bebel jugak la masa tu dengan nurse. Punyalah boring duduk hospital sebab tiada kawan, tiada TV & tiada pelawat. Lepas Isya’ dah start rasa sakit macam terasa nak buang air. Maka berjalanlah keliling katil sorang2 sambil baca ayat & doa Pn Emi bagi. Dalam pukul 11 malam, minta nurse check bukaan. Dah 5cm & nurse terus bagi ubat keluarkan najis & teman masuk toilet buang air sebab nurse takut baby keluar. Lepas tu terus masuk labor room & keluarlah seorang lagi hero dalam pukul 12 pagi.

DANIYAL AQIL – Anak ketiga lahir sewaktu 36 minggu dengan menggunakan TEKNIK LUPA INGATAN & BUNGA ROS. Pukul 8 malam masih di ofis & sampai rumah dalam pukul 9 malam. Memang tak terasa sakit & tiada tanda langsung. Lepas dinner dalam pukul 10, bawa anak-anak naik atas untuk tido. Sebelum tido, biasalah main cium-cium dengan anak-anak. Dan bila Darwisy Ariiq cium perut nak cakap good night kat baby, air ketuban pecah & terus berangkat ke hospital. Dalam masa monitor baby, masih tak terasa sakit. Doktor bimbang baby akan lemas, terus masuk drip & dalam masa yang singkat beberapa minit, terus baby keluar. Alhamdulillah, senang je.
.
MAISARAH AISYAH – Juga lahir masa 36 minngu tapi menggunakan teknik terbaru iaitu TEKNIK MONEY MAGNET sebab baru berkesempatan join kelas Azizan Osman. Kebetulan pagi tu memang dijadualkan ada ‘checkup’ di Klinik Kesihatan Batu 9 dan suami juga dah minta pelepasan untuk masuk ofis lewat sikit. Selesai Dhuha dan dalam masa bersiap ke Klinik, dah ada ‘show’ yang keluar. Jadi, kami ambil keputusan terus ke Columbia. Sampai hospital, terus pegi labour room untuk check baby dan bukaan. Doktor cakap baru 2cm dan contraction pun tak kuat lagi. Jadi doctor bagi option untuk balik atau duduk di wad. Memandangkan 3 hero yang tengah lasak terutama Darwisy Ariiq dan Daniyal Aqil, suami suruh duduk je rehat kat wad. Sempat juga window shopping di AEON sebelah hospital. Walaupun tengah sakit, masih boleh masuk dari satu kedai ke kedai yang lain, berjalan dari North to South shopping complex. Sedang asyik berjalan, hospital call & cakap Doktor nak jumpa. Dalam pukul 2.30pm, sementara tunggu nak dapat bilik kosong, nurse suruh lepak dulu di labour room &check bukaan dah 4cm. Nurse bagi ubat bersihkan najis dan suruh get ready untuk bersalin. Masa tu takde la sakit sangat i.e. still manageable. Masih sempat balas pm-pm & whatsap untuk produk-produk PSK & Golden Horse. Pukul 3.30pm, Doktor start masukkan ubat & dalam pukul 4 baby dah keluar.
.
Nampak macam easy pissy je kan. Jom tengok macam mana nak apply TIGA TEKNIK MUDAHNYA BERSALIN

TEKNIK MONEY MAGNET
Sesiapa yang pernah ikut kelas Dr Azizan, mesti dapat bayangkan macam mana nak gunakan teknik ini. Mast ikuti kelas Dr Azizan  bulan November lepas dan cuba applikasikan teknik ini masa melahirkan anak ke-4.

Senang jer.. Cuma lelap mata dan bayangkan sahaja. Seawaktu melahirkan Maisarah Aisyah, bila Doktor masuk ubat, baru terasa sakit yag teramat dan nurse cakap baru 5cm. OMG…masa tu dah tak tahan sakit sangat & sempat juga berfikir, jauh lagi nak sampai 10cm. Masa ni, cuba setiap kali rasa sakit contraction, bayangkan jalan bawah tu terbuka bersama-sama pembaris juga. Cuba push dalam minda yang bukaan tu mengembang sedikit-sedikit tapi dengan pantas untuk capai target 10cm dekat pembaris tu. Teknik rangsangan ini sangat clear & cepat. Pastikan jaga teknik pernafasan juga masa ni. Teknik pernafasan Mast akan share kemudian.

TEKNIK BUNGA ROS
Teknik ini juga diapplikasikan semasa dah start rasa contraction. Setiap kali rasa kemut-kemut macam nak buang air besar, dalam minda, ikut pergerakan tu dan bayangkan sekuntum bunga ros sedang berkembang dengan gembiranya. Masa ni anda akan rasa macam gembira sangat & perasaan happy tu yang merangsang jalan bawah terbuka dengan lancarnya. Bak kata omputeh, “smoothly” 
Semakin segar, kembang dan wanginya bunga ros tu, semakin mudah jalan bawah terbuka. Kalo boleh, minda yang mengawal segala-galanya sehingga anda boleh terasa bau bunga ros tersebut. Dalam pada yang sama, pastikan teknik pernafasan dikawal juga bagi mengurangkan kesakitan & mengelakkan jalan keluar terkoyak.

TEKNIK LUPA INGATAN
Teknik ini perlu diapplikasikan sebelum bersalin. Secara kasarnya, jangan mengada-ngada sangat waktu mengandung i.e. asyik nak rehat & malas bergerak atau terlalu ikutkan sangat rasa lemah badan. Boleh aktif seperti biasa seolah-olah lupa yang kita tengah bawa perut. Satu perkara penting yang kena ingat, minda kita ang kawal fizikal kita.

DANISH ANIQ - Setiap hari berjalan kaki dengan laju selama 10 minit dari rumah ke ofis dan setiap hari balik rumah waktu lunch hour = 10 minit x 4 kali. Masa ni takde kereta & selalu je berlari kejar train / bas.

DARWISY ARIIQ – Boleh dikatakan setiap hari berjalan kaki dari KLCC ke Pavilion walaupun telah sarat 8 bulan

DANIYAL AQIL – Tak banyak berjalan sgt tapi banyak memerah minda sebab waktu ni tengah ambil exam ICAEW tapi result VOID sebab baby lahir waktu hari exam.

MAISARAH AISYAH – Terlalu busy dengan business PSK dan walaupun membawa perut, masih aktif cari market PSK dan conduct Beauty Workshop dari pagi sampai petang. Sesiapa berminat nak buat Beauty Workshop, boleh rodger Mast atau follow page PSK Skincare & Makeup atau www.pskmy.com

Kalo bakal ibu rasa bermanfaat dengan teknik ini, boleh cuba. Nanti Mas share pulak pasal teknik bernafas dan supplement apa yang bagi Mast terbaik untuk kekal cergas.

Tapi perlu ingat, apa-apa pun, ikut nasihat doctor & mungkin sesetengah orang ada ujian tertentu. Perlu ingat juga, setiap orang rezeki lain-lain dan proses melahirkan tak sama untuk setiap anak.   Alhamdulillah, untuk keempat-empat anak, Mast lalui dengan mudah walaupun sakit tu tak dapat dielakkan. Anak ke-5 tak tahu pulak macam mana Allah nak uji. Jangan asyik ghairah ikut pelbagai teknik tapi lupa kepada yang no.1. Banyakkan berdoa dan Amalkan ayat-ayat bagi memudahkan bersalin. In Sha Allah segalanya dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment